Tazkirah.

“Jadikanlah gurauan dan percakapan kita untuk tujuan yang berfaedah..bukannya yang sia-sia, kerana setiap apa yang kita cakapkan itu akan dihitung dimahkamah akhirat..

“Belajarlah hidup sendirian..bukannya mengharap belas ehsan semata-mata, kerana bila saat mati mu tiba, tiada siapa yg dapat menolongmu..

“Carilah ilmu agama bersungguh-sungguh, kerana setiap amal yang dilakukan tanpa ilmu..Allah SWT tidak menerimanya..

“Carilah sahabat yang boleh mengingatkanmu akan perkara Akhirat, bukannya sahabat yang membawa mu kepada kemungkaran..

“Janganlah jadikan lidahmu sebagai pedang mengadu dumba, sebaliknya perbanyakkanlah zikrullah (ingat Allah) sebab dgn mengingati Allah hatimu menjadi tenang..

“Buanglah sifat sombong dalam hatimu itu..Sesungguhnya Allah tidak suka hambanya yang mendongak kelangit..

“Hinalah dirimu..jangan sesekali menghina orang lain semata-mata untuk mencari pengaruh, sebab Allah akan menutup aib hambanya sekiranya hambanya menutup aib sahabatnya (orang lain), Jadikan solatmu itu sebagai solat orang yg khusyuk dan tetap hatinya, jika sebaliknya solatmu itu sia-sia kerana sifatmu itu penuh dengan hasad dengki yg tiada kesudahannya..

“Perbanyakkan olehmu berdoa dan muhasabah diri sendiri, kerana itulah tanda-tanda orang tidak sombong pada penciptaNya dan sentiasa ingin memperbaiki iman yang sentiasa lemah..

Semoga Allah SWT mencampakkan sifat kasih dalam hati kita agar kita mengasihi orang lain yang dulu kita membencinya…

Sepi.

~Sepi itu INDAH…

Suara ALLAH memanggil diri agar kembali kepadaNya semakin nyaring dalam sepi.

Sepi itu anugerah, sepi itu indah.

Kerana, saat sepi itu kau jauh dari manusia dan dunia untuk mendekat kepada ALLAH.

Dalam sepi itulah jiwa mu berkelana menuju realiti kebenaran meninggalkan ilusi kepalsuan.

Semoga kita termasuk dalam golongan yang mengingati Allah setiap saat…

Saidina Ali Abi Talib Ra berkata:

“Setiap kata-kata yang dikeluarkan tanpa mengingati Allah adalah sia-sia.”

Jadi jika berkata-kata dalam keadaan kita tidak mengingati Allah adalah sia-sia maka bagaimana pula jika kita beramal ibadah dan menjalani segala aktiviti setiap hari setiap jam setiap saat dan detik dalam keadaan tidak mengingati Allah?

Adakah ianya dinilai oleh Allah?

Bukankah Allah menilai segala-galanya daripada hati, hati yang lalai mengingati Penciptanya bagaimana ingin dinilai?

Sabda Rasulullah SAW:

“Dunia ini ibarat makhluk yang dilaknat kecuali yang ada di dalamnya sentiasa ingat kepada Allah SWT”

Sampah.

C&P Dari Bilek sebelah

SAMPAH BAGIMU, HIDANGAN KELUARGAKU.

Suami saya adalah pembekal ayam kampung di negeri ini. Alhamdulillah, banyak restoran-restoran yang menyajikan lauk ini di Kuantan, suami sayalah watak disebalik cerita.

Kebanyakan restoran mahukan ayam yang telah dipotong mengikut kehendak mereka. Ada yang potong 4, ada potong 8!

Apabila ayam dipotong, hampir semua kedai tidak mahu ambil kaki ayam, hati, pedal dan organ dalaman lain. Leceh untuk disimpan agaknya.

Selalunya suami saya akan menyimpan kaki-kaki ayam dan hati ayam ini dalam freezer besar di rumah. Tapi kalau dah masuk 2 minggu dan stok ayam masuk lagi, tempat yang terhad memaksa suami saya mencari jalan untuk mengosongkan freezer dari barang lain. Maka jalan terakhir, tanam atau buang sahaja kaki dan hati ayam ini jika tidak disedekah kepada orang lain.

‘Ada kaki ayam tak? Kak Yah nak sikit.’ Pesanan ringkas dari kakak sulung saya di satu pagi.

Kebetulan suami saya dah merungut kaki ayam dan hati yang banyak dalam freezer. Kami ambil keputusan menghantar sendiri semuanya ke rumah kakak. Sebenarnya ni satu jalan mudah. Jika kakak datang sendiri, pasti sedikit saja dia ambil. Tapi jika kami hantar dengan kenderaan pacuan empat roda kami, dah pasti kami boleh kosongkan freezer bahagian kaki ayam dan hati sekelip mata. Bagi semua! Padan muka kakak uruskan. 😂

Kami hantar dan terus pulang ke rumah. Lupakan hal kaki ayam.

Esoknya, saya terima pesanan yang sangat panjang dalam aplikasi WhatsApp dari kakak.

‘Ti, tau tak. Semalam kak tengok banyak betul kaki dengan hati ayam hampa bagi. Terkejut jugak. Kak rendam semua. Bila dah lembut, kak bungkus. Kak panggil jiran-jiran datang ambil. Mula-mula serba salah juga. Bimbang orang kata: sampah, kau sedekah. Tapi kak fikir, bagi sajalah. Siapa nak, ambil. Tak nak, jangan ambil. Tapi, ramai betul datang ambil. Alhamdulillah habis semuanya.’

Tersenyum saya membacanya. Kemudian dia menyambung.

‘Semalam, lepas ajar budak-budak mengaji. Ada seorang jiran kak ‘message’.

Terima kasih Kak Yah, bagi kaki ayam tadi. Syukur sangat. Tak tahulah nak cakap macamana. Semacam betul-betul Allah hantar kaki ayam ni pada kami sekeluarga. Sebenarnya dah dua hari kami anak-beranak tak makan. Suami saya kena tangkap polis kes mencuri. Saya tak tahu nak pujuk macamana dah anak saya yang menangis lapar. Makanan di rumah satu pun tak ada. Tiba-tiba Kak Yah bagitau suruh datang rumah ambil kaki ayam ni. Allah. Macam ajaib. Terima kasih Kak Yah. Dah tidur anak-anak saya dapat makan malam ni. Terima kasih sangat-sangat.

Ti, kak tulis ni pun sambil menangis. Lepas ni hampa jangan buang lagi kaki ayam. Bagi kak. Kak nak bagi pada jiran-jiran. Kita tak tahu siapa dapat kita selamatkan dari lapar asbab bagi benda yang kita anggap ‘sampah’ ni.’

Allah Allah.

Menangis saya baca.

Sungguh, zaman sekarang dah mengubah banyak corak hidup kita. Kita dituntut untuk jaga hak seorang jiran. Tapi, kita makin jauh.

Kita dituntut supaya tidak tidur selagi ada jiran yang masih kelaparan kerana kemiskinan tapi kita langsung tak ambil tahu.

Yang paling dahsyat, ada juga yang tak kenal pun jiran-jirannya. Rupa bagaimana. Kerja apa. Anak berapa orang. (Sayalah itu) Allahu.😭

Sedekahlah. Beri apa yang ada dalam tangan. Bantu tanpa mengharap ia dinilai dan kita dapat pujian. Beri tanpa harap apa-apa.

Ikhlas!

Beri kemudian lupakan.

Allah Allah. Berilah kami peluang yang banyak untuk bersedekah. Sungguh kami selalu leka. Jangan balas kami dengan takdir buruk di akhirat kerana kelalaian kami pada hak saudara kami yang susah. Dalam pada teruja dengan menu-menu berbuka yang serba maknika, berilah kami ruang untuk menghilangkan lapar orang yang teruji.

Sungguh, kamilah hambamu yang hina dan selalu lupa…

Sampah bagi kita, kadang jadi hidangan hebat bagi satu keluarga yang dalam kesusahan.

Moga Allah ampunkan kami.

Harta.

C&P

Ramai yg call & Wasap…
Harta Batil tu apa yek….

Harta batil…memakan atau mengambil hak orang lain…jom baca kisah2 benar

Kisah 1:
Ali mati mempunyai 5 anak…yg sulung lelaki….rumah pusaka masih atas nama si mati…rumah disewakan atas persetujuan semua dan setiap tahun buat kenduri adik beradik dgn duit hasil sewaan. Selepas beberapa tahun…tiada lagi kenduri adik beradik….duit pun tidak diagih pada waris…si abg hanya diam membisu….inilah dinamakan memakan harta batil…

Kisah 2 :
Hassan mati meninggalkan 2 anak dari isteri A. Dan 6 anak dari isteri B. Si isteri B mengagihkan harta si mati kepada anak2nya sahaja. Dan anak isteri A tidak mendpt hak mereka. Di sini isteri dan 6 anaknya sudah memakan harta batil.

Kisah 3 :
Jalil mati. Sebelum kematiannya beliau telah bercerai dan mempunyai anak tunggal lelaki. Penama KWSP adalah ibu Jalil. Selepas mengambil 100% duit KWSP Jalil..si nenek berjumpa bekas menantunya dan menyatakan arwah dah wasiatkan duit KWSP keatas namanya jadi katanya duit tu haknya…1 sen pun dia xakan beri pada anak lelaki tunggal simati. Si ibu si mati dah mengambil hak anak yatim….memakan harta batil…

Kisah 4 :
Haji Kassim mati meninggalkan 8 anak. Dan mempunyai 15 relung tanah bendang. Tanah diurus si anak sulung. Permulaan dgn persetujuan waris duit hasil sewaan tanah bendang rm12k setahun digunak utk baiki rumah pusaka. Selepas selesai baiki rumah pusaka…hasil sewaan si kakak tidak agihkan kepada adik beradiknya…bila ditanya katanya disedekahkan kepada masjid tanpa berbincang dgn adik2nya….Disini si kakak dah pun mengambil hak org lain….

Kisah 5 :
Anak sulung Haji Bakar mati dlm kemalangan dan meninggalkan anak bawah umur. Haji Bakar adalah penjaga harta cucunya. Semua duit cucunya Haji Bakar simpan di dalam Tabung Hajinya. Tanpa memberitahu kepada anak2nya yg lain. Selepas kematiannya…semua harta termasuk duit cucu di dalam tabung haji telah di agihkan kepada anak2 Haji Bakar. Di sini semua anak2 Haji Bakar dah pun mengambil hak anak yatim….

Kisah 6:
Milah kematian suami dan mempunyai seorang anak pompuan. Fuit insuran atas nama bapa si mati. Selepas kematian…puhak insurans telah membayar pampasan kepada bapa si mati. Ibu si mati telah agihkan duit insurans tu kepada suaminya…dirinya dan semua anak2nya tanpa memberi pada isteri si mati dan anak tunggal pompuan. Di sini adik beradik simati bukan waris faraid tapi dah mengambil hak waris faraid.

Kisah 7 :
Hajjah Peah meninggal. Mempunyai 1 anak pompuan dan 3 anak lelaki. Salah sorang menantu perempuan telah mengambil periuk dan set pinggan mangkuk yg cantik tanpa pengetahuan anak2 simati. Di sini menantu telah mengambil hak org lain.

Kisah 8 :
Haji Dolah mempunyai 7 anak….seorang dari anaknya suka meminjam wang dari Haji Dolah tanpa memulangkan semula…apabila Haji Dolah mati si anak yg meminjam duit hanya diam tanpa memberitahu pada adik beradiknya yg dia meminjam duit arwah. Hutang tersebut menjadi sebahagian dari harta pusaka si mati. Maka hidupnya berterusan dalam memakan harta batil.

Dan banyak lagi kisah2 yg saya perolehi dari Client2.
Disebabkan TAMAK…JAHIL DALAM FARAID…TIADA PESANAN ATAU WASIAT BERTULIS….

Waris memakan harta batil….bukan waris mendapat hak waris faraid. Semua nilah di panggil memakan harta batil.

Terus terang saya katakan terlalu ramai org kita hidup dlm memakan harta batil…HARTA HARAM…MAKA ROSAKLAH SELURUH KETURUNANNYA DEK KERANA HARTA BATIL…

Renung2…dan fikir2kan lah…
Allah membalas dosa memakan harta batil di dunia lagi. Jika keluarga anda selalu mendapat pelbagai musibah…duduk sejenak….renung….apakah anda TERGOLONG DALAM GOLONGAN MEMAKAN HARTA BATIL???
Jika ya…jangan malu…PULANGKANLAH HAK WARIS yg teranianya…
Balasan bukan hanya diri anda tetapi seluruh keturunan anda bakal menerima musibah…mungkin berat rezeki….mungkin mendapat sakit….mungkin berat jodoh…semua tu rahsia Allah….

Jom buat perancangan harta pusaka supaya anda mati penuh dengan kejayaan.

kredit:

Perancang Harta Pusaka

Setahun yang gagal.

SETAHUN KERAJAAN PH…
SEGALANYA SUDAH CUKUP JELAS BUAT RAKYAT MENILAI..

1.Tidak sukar utk menilainya.PM sendiri memberikan Kabinet nya 5/10..Tak mungkin orang lain boleh berikan lebih tinggi dari tuan punya badan

2)Kajian Merdeka Centre menunjukkan popularity yg merudum kpd hanya 39%..sudah pasti ia terkait dgn prestasi yg mengecewakan

3)Penilaian tidak harus di buat secara ‘biased’dan sebaiknya berdasarkan FAKTA.Dari sudut ekonomi jelas sekali PH gagal memperbaikinya.Pertumbuhan KDNK kuncup dari 5.8% kepada 4.7% dan tidak menunjukkan prospek melepasi 5%

4)Hutang negara terus meningkat di bawah PH,walaupun isu ini antara yg paling kuat di gembar gembur sebelum PRU.Jelas bukan shj PH gagal mengurangkan hutang tp sebaliknya menambah hutang sehingga melebihi RM700b

5)Pasaran ekuiti di bursa Msia turut melemah.Di bawah PH,market capitalisation mengecil dan sehingga kini pasaran msia sudah kehilangan lebih RM200b sejak PH mengambil alih dan meletakkan prestasi msia sebagai yg TERBURUK di asia

6)Adalah juga di jangkakan defisit belanjawan yg membengkak,terutama apabila PH mengunjurkan hasil negara berdasarkan harga minyak mentah pada kadar USD70/tong,dan ini tidak berlaku.

7)Semua angkatunjuk CAPITAL ECONOMY kjaan PH,gagal dan cukup membimbangkan.Sementara PEOPLE’S ECONOMY sudah pasti semakin parah dengan harga barang semakin mahal,kos sara hidup melambung,social safety net yg semakin lemah dan subsidi langsung yg berkurangan..

8)Kelemahan dan kegagalan pengurusan ekonomi PH adalah berpunca dari 3 faktor utama;
1)polisi PH yg berteraskan populis jangka pendek
2)Tindakan berasaskan vindictiveness dan bukan pertimbangan ekonomi yg wajar
3)Kelemahan nakhoda ekonomi,termasuk TOO MANY COOKS THAT SPOIL THE FOOD(CEP,MENTERI EKON,MENTERI KEWANGAN,PM)

9)Prestasi PH dari sudut politik juga ternyata parah.Hanya DAP yg mungkin meraih untung manakala gabungan lain bakal melalui krisis dalaman yg semakin parah serta popularity yg menjunam.

10)Antara kerosakan terbesar ialah dominannya fahaman SOSIALIS DAN LIBERAL dlm pentadbiran sehingga kelihatan menghimpit fahaman pengganut ISLAM,kedudukan orang Melayu dan institusi Raja Melayu.

11)Peristiwa spt percubaan meretifikasi ICERD,Rome Statute,penonjolan aktiviti LGBT,di burukkan lagi dgn kenyataan Menteri yg kelihatan tidak kompeten dan kurang integriti telah menghakis keyakinan rakyat.

12)Tindakan memerangi rasuah yg di alu alukan oleh semua pihak,tidak membantu mempopularkan PH kerana kelihatan tindakan bersifat membalas dendam,pendakwaan terpilih,melindungi kroni dan tidak menegakkan RULE OF LAW..

13)Penolakkan pegawai perkhidmatan awam terhadap PH yg berpunca dari sikap tidak menghormati perkhidmatan awam menambahkan lagi lemahnya prestasi kjaan PH

14)Secara keseluruhan,gabungan ppbm,Pan,pkr dan DAP di bawah PH tidak menjanjikan Malaysia yg lebih baik DAN KEGAGALAN MEREKA MEMBUKTIKAN KEUPAYAAN selepas genap setahun,mendorong rakyat utk mencari sesuatu yg lebih hakiki dan benar benar dapat menjamin aspirasi mereka
Kelompongan ini akan membawa Msia ke satu lagi TRANSFORMASI yg bakal muncul menerusi PRU akan dtg.
PH dlm bentuk dan content yg ada sekarang TIDAK AKAN DI PERTAHANKAN OLEH RAKYAT MALAYSIA

TSAM,MP
Ketereh
7/5/19